SELAMAT DATANG

INGATLAH WAHAI TEMAN...

Mukjizat Al-Quran

Hadis Riwayat Muslim

Buat Tatapan Sahabat Tersayang...

Monday, 3 October 2011

Model-model Isteri Solehah

  • Siti Hawa, wanita pertama yang Allah ciptakan untuk menemani Adam a.s. Makhluk yang mampu memikul amanah memberikan ketenteraman bagi para suami, melalui pernikahan (Surah Al-Baqarah)
  • Siti Sarah, wanita cantik yang pertama kali beriman kepada dakwh Nabi Ibrahim.keteguhan imannya pada Allah dan ketaatan pada suaminya diuji ketika ia digoda oleh seseorang Raja yang kaya raya untuk berzina, tetapi ia tetap berpegang teguh pada keimanan dan ketaatan pada suaminya.
  • Siti Hajar, wanita yang cantik yang terkenal kerana keteguhan iman, ketakwaan dan tawakalnya kepada Allah. Sehingga hal itu diabadikan oleh Allah dalam salah satu syariat haji. Iaitu sa'i (berlari-lari kecil antara bukit safa dan marwa)
  • Asiyah, isteri Firaun. Seorang isteri yang solehah dari Raja dan penguasa yang sangat kejam. Kesolehannya dan keteguhan imannya, membuat ia ditunjuk oleh Allah untuk melindungi Musa yag kecil dari perintah pembunuhan yang diserukan oleh suaminya sendiri iaitu Firaun kepada seluruh bayi-bayi lelaki yag lahir pada waktu itu.Dan keimanannya kepada Allah sama sekali tidak terpengaruh walaupun ia hidup dalam lingkungan yang musyrik kepada Allah.
  • Ibunda Musa, adalah seorang ibu yang rela berkorban demi keselamatan anaknya yang sangat sabar dalam membesarkan anaknya, walaupun iya harus rela melepaskan anaknya utuk dipelihara oleh Asiyah.
  • Ratu Balqis, seorang wanita penguasa yang kaya raya yang dapat menaklukkan kesombingan dirinya ntuk menerima kebenaran yang datang dari Allah melalui dakwah Nabi Sulaiman a.s. Dirinya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan kekafiran dan mengikuti dakwah Nabi Sulaiman a.s untuk menyembah Allah SWT dan hidup sesuai dengan syariat yang ditetapkan oleh Allah.
  • Maryam, adalah satu contoh wanita solehah yang lahir dari keluarga yang soleh. Keluarga yang diabdikan dalam Al-Quran melalui surah Al-Imran. Keteguhan dan ketakwaannya kepada Allah dalam menjalani kehidupan membuat dirinya dijadikan contoh oleh Allah untuk kaum wanita pada umumnya.
  • Aisyah, adalah isteri Rasulullah SAW yang dengan kesabarannya dam keteguhannya bertawakkal kepada Allah dalam menghadapi fitnah dan ujian yang sempat melanda rumah tangga yang disebarkan oleh kaum muafiq pada masa itu. Keteguhannya dan kesabarannya diabadikan oleh Allah tercatat dalam surah An-Nur ayat 11-14 yang sekaligus membebaskan Aisyah dari tuduhan yang tidak benar terhadap dirinya.

No comments:

Post a Comment

My Loving Family